Tempat : Padang SK Setapak Indah / Masa : 8:00 pg - 1:30 tgh / Tarikh : 9, 19, 26 & 31 Oktober dan 6, 7 & 9 November 2013

Info Liga

Objektif Kejohanan
  • Melahirkan pemain-pemain yang membawa kepada peningkatan dan kejayaan MSSW Keramat dan MSSWP di semua kejohanan sukan atau permainan di peringkat negeri dan kebangsaan.
  • Melahirkan pemain-pemain yang cemerlang dalam bidang sukan atau permainan dan akademik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  • Mewujudkan pasukan pelapis untuk pasukan MSSWP Keramat ke pertandingan negeri bawah 11 dan 12 tahun.
  • Melatih pemain ke arah semangat berpasukan, komitmen serta semangat juang yang tinggi melalui sesi klinik, latihan dan mini pertandingan secara berterusan.


Sejarah Kejohanan
      
Kejohanan Liga Bawah 10 Tahun MSSWP Wilayah Keramat adalah hasil dari perbincangan di antara Encik Mansor bin Ismail Pegawai Sukan PPW Keramat, Encik Zaifuddin bin Baharum Guru Besar SK Setapak Indah, Encik Sadli bin Harun GPK Kokurikulum SK Setapak Indah, Encik Mohd Zahir bin Mohamad Rejab Pengerusi Teknik Bola Sepak Rendah MSSWP Wilayah Keramat, En Rosni bin Nawawi Jurulatih Bola Sepak SK Setapak Indah dan guru-guru yang membangunkan mutu bola sepak Zon Keramat.
      
Setelah beberapa kali perbincangan, akhirnya Piala Kejohanan, Piala Liga dan Piala Sumbangsih. Piala Kejohanan disumbangkan oleh Pn Hajah Hanim binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Pelajaran Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat yang pertama diwujudkan. Piala tersebut dinamakan “Piala Timbalan Pengarah PPW Keramat.”

Guru Besar SK Setapak Indah telah dilantik sebagai Pengerusi Pengelola Edisi Pertama (2011). Sekolah-sekolah yang layak menyertai kejohanan liga ini adalah terdiri daripada sekolah-sekolah yang berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan Bawah 12 Tahun MSSWP Zon Keramat tahun semasa.
   
Perlawanan sulung kejohanan ini adalah antara SK Setapak Indah (Tuan Rumah) dan SK Seri Rampai (Johan Kejohanan Bawah 12 Tahun) untuk merebut Piala Sumbangsih pada 24 September 2011. SK Setapak Indah telah memenangi perlawanan ini dengan mengalahkan SK Seri Rampai 3-0.
   
Puan Hajah Hanim binti Ibrahim telah merasmikan Kejohanan Edisi Pertama dan menyampaikan Piala Sumbangsih kepada SK Setapak Indah.


Sekolah-sekolah yang menyertai Edisi Pertama Liga.

1. SK Setapak Indah
2. SK Setiawangsa
3. SK Jalan Raja Muda
4. SK AU Keramat
5. SK Taman Melati
6. SK Datok Keramat (2)
7. SK St. John (1)
8. SK Taman Seri Rampai

No comments:

Post a Comment

Pasukan manakah yang menjadi pilihan anda untuk menjuarai Liga Bola Sepak Bawah 10 Tahun 2013?

Pasukan manakah yang menjadi pilihan anda untuk menjuarai Piala Timbalan Pengarah PPW Keramat 2013?